BIKERS 69J

WELCOME TO OUR CLUB. WE REALLY APPRECIATE YOUR SUPPORT. DO ENJOY AND HAVE A NICE DAY

Join the forum, it's quick and easy

BIKERS 69J

WELCOME TO OUR CLUB. WE REALLY APPRECIATE YOUR SUPPORT. DO ENJOY AND HAVE A NICE DAY

BIKERS 69J

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
BIKERS 69J

share..rides..unity..


    BIKERS 69J Rules & Regulation

    mr zaki77
    mr zaki77
    Admin


    Posts : 40
    Join date : 13/05/2009
    Age : 47
    Location : 1 malaysia

    BIKERS 69J Rules & Regulation  Empty BIKERS 69J Rules & Regulation

    Post  mr zaki77 Thu Aug 12, 2010 2:18 pm

    Salam dan Selamat Sejahtera,

    Bagi semua warga forum, selamat datang diucapkan ke forum Bikers 69J

    Tidak ada bezanya berkomuniti di dalam forum ini dengan berkomuniti di alam nyata, samada di rumah, di pejabat atau di kawasan kediaman anda. Sifat saling menghormati, kejujuran dan keikhlasan adalah teras di dalam mana-mana perhubungan.

    Selepas anda mendaftar, anda akan mula berforum tentang pelbagai topik dan pandangan. Jadi, sebelum itu adalah baik jika dapat diperkenalkan diri secara jujur dan ikhlas. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu di ambil bagi menjadi seorang ahli forum yang berhemah:

    1. Mendaftar untuk log in.
    2. Menggunakan nickname yang tidak membawa maksud yang tidak baik.
    3. Sediakan gambar rekaan anda untuk dijadikan avatar anda. Di dalam gambar tersebut sila letakkan gambar wajah anda dengan jelas. Identiti anda di dalam forum ini dapat dilihat oleh ahli lain melalui avatar tersebut.

    4. Selepas itu sila masuk ke thread Introduction bagi memperkenalkan diri agar kehadiran anda disedari oleh semua terutama yang telah mendaftar lebih awal daripada anda.

    5. Mulakan berforum dengan bersopan-santun. Jangan sesekali terus ‘menyampuk’ sesuatu perbualan tanpa memberi salam. Mungkin dilihat ahli lain yang berforum agak mesra, usik mengusik dan agak ‘ganaz’. Kemungkinan besar mereka ini telah saling kenal-mengenali antara satu sama lain.

    Walaupun forum ini bebas dan terbuka, adalah dinasihatkan melayari perbincangan-perbincangan yang telah wujud. Sebelum mengemukakan topik perbincangan baru, sila baca dahulu topik-topik lama supaya tidak mengulangi soalan yang sama.

    Komuniti ini bukan sahaja berforum tetapi juga sering berjumpa untuk TTS (Teh Tarik Session) dan pelbagai aktiviti lain. Anda juga dialu-alukan untuk menyertai semua aktiviti dalam thread Events dan Rides mengikut kelapangan masa masing-masing. Anda juga boleh merancang dan bertindak untuk menganjurkan apa-apa aktiviti.

    Pelbagai ilmu pengetahuan boleh dikongsi bersama. Setiap pandangan di dalam forum ini amat dihargai.

    Akhir kata, selamat berforum dan manfaatkanlah kemudahan ini untuk kebaikan bersama.

    Wassalam.

      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 3:58 pm